Thursday, November 14, 2013

Monday, October 28, 2013

WASIAT

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Jika sekiranya suatu masa nanti kita ditakdirkan berperang sesama sendiri lantaran perbezaan agama, bangsa malah ideologi politik sekalipun, kita serahkan sahajalah kepada Allah SWT untuk menentukan apa yang akan berlaku. Namun jangan hendaknya tuan-tuan dan puan-puan sekelian, beriya-iya dan berasa tidak sabar-sabar untuk melihatnya berlaku. Tiada ada apa yg baik daripada peperangan itu melainkan kemusnahan belaka. Kenangkanlah nasib anak-anak kecil yg tidak mengerti kecelaruan dan konflik orang-orang dewasa. Cuba pandang wajah anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sekelian, lantas tanyakan kepada diri sendiri, bumi apakah yg akan kita wariskan kepada mereka? Berilah mereka peluang untuk membesar dan melalui kehidupan dengan aman . Justeru tuan-tuan dan puan-puan sekelian, elok kiranya kita menghindari apa-apa jua langkah dan tindakan yg akan membawa kepada malapetaka tersebut. Ini termasuklah tindak-tanduk kita dalam dunia internet; memuat-naik, menyalin, menampal, berkongsi, memberi komen, menyukai apa juga bahan-bahan yg boleh menyemarakkan api kemarahan yg ada pada diri kita masing-masing. Setiap kita pasti ada rasa ketidakpuasan hati atas semua perkara. Apa yg kita sukai, mungkin dibenci oleh orang lain dan apa yang kita benci boleh sahaja menjadi kesukaan orang lain. Bendunglah dahulu (kalaupun tidak dipadam) bara kemarahan atau kebencian demi keharmonian bersama. Kalaupun terpaksa berperang, tangguhkanlah dahulu keseronokkan itu - bukan di sini, bukan sekarang dan bukan juga 5 tahun waimah 5000 tahun lagi !!!

Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, December 27, 2011

Thursday, December 08, 2011

Friday, November 18, 2011

Tuesday, June 28, 2011

OH! PTPTN...



FAKTA KES:Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.
Free Hit Counter