Thursday, May 13, 2010

I LOVE MY JOB !!



Sebentar tadi saya mendengar program temubual Traxx fm dengan seorang pemandu lokomotif, En.Maniam yang telah berkhidmat dengan KTM selama 22 tahun. Ketika diajukan soalan bagaimana beliau boleh bertahan berkerja dalam tempoh yg begitu lama? Dengan pantas beliau menjawab ‘minat !’

Baru-baru ini pula saya ditanya tentang jadual kerja saya ; Saya kata ‘7 hari seminggu’. Tak penat ke? Tanyanya lagi. Belum sempat saya menjawab, dia mencelah ‘mesti minat kan?’

Saya turut mengenali seorang blogger prolifik, Mangosteenskin yang saya amat maklum mempunyai pelbagai tugas utk disiapkan dalam sehari tanpa terikat dengan ‘office hours’ atau apa-apa jadual waktu. Namun secara gagah beliau menyempurnakan tugasan2 beliau dgn sempurna.

Mungkin saya silap, tapi saya positif keazaman beliau didorong kuat oleh satu perkataan keramat – minat !!

Apa yang nak saya katakan di sini, beruntunglah mereka yg mempunyai kerjaya yg selari dengan minat berbanding mereka yg berkerja secara ‘terpaksa’. Minat menjadi sumber motivasi unggul untuk berkerja tanpa mengira masa atau tenaga. Kualiti kerja pastinya tinggi kerana tugas bukan dilakukan kerana arahan mahupun imbuhan tapi kepuasan.

Pun begitu jangan sampai terjerumus ke tahap ‘workaholic’ khususnya yang sudah berkeluarga. Amaran ikhlas - keluarga anda mungkin tidak berkongsi minat yang sama dgn anda !! Justeru hati-hati beb..

Thursday, May 06, 2010

BUKAN SALAH KU...


Isu tragik yg menimpa adik Aminurashid boleh dilihat dari pelbagai sudut; salah satunya seperti yang saya paparkan di atas. Mungkin kata orang putih, "he just happened to be the wrong guy in the wrong place at the wrong time"
Free Hit Counter